"Dunia itu perhiasan,dan sebaik-baik perhiasannya ialah wanita yang solehah"
(Hadis riwayat Muslim,Nasaiy,Ibn Majah dan Ahmad)
Ada satu kisah tauladan yang harus diambil Pengajaran:)
Gadis:Kenapa Islam mewajibkan penganutnya bertudung,menutup bahagian tubuhnya?
Alim:Adakah saudari pernah berkunjung ke kedai menjual barang perhiasan?
Gadis:Ya,tapi kenapa?
Alim:Adakah saudari perhatikan di mana disimpannya barang perhiasan yang paling mahal?
Gadis:Tentulah di dalam kotak besi atau peti simpanan khas...
Alim:Apakah barang itu dipertontonkan kepada sesiapa sahaja?
Gadis:Tidak!..
Alim: Itulah bandingan arahan Allah supaya menutup aurat,tubuh badan manusia bukanlah barangan yang boleh diperlihatkan sesuka hati kepada sesiapa sahaja yang mahukannya,malahan ia adalah barang bernilai tinggi yang wajib dijaga mutunya dengan mengikut arahan Allah supaya aurat itu ditutup.
JANGAN jadikan ini sebagai tontonan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan